Tuesday 16 March 2021

Tips Mencipta kejayaan Menjadi Agen Jualan Tupperware. Ikuti Penulisan pakcik Tupperware melalui pengalamannya

  Assalam


Agen Tupperware Baru Perlu Baca : 3 Faktor Kejayaan Agen Jualan Tupperware oleh Pakcik Tupperware

Cerita panjang lebar ini adalah untuk anda yang baru nak memulakan business Tupperware.
Pakcik punya kesempatan nak menulis sedikit perkongsian yang pakcik lihat dan alamai serta pemerhatian pakcik kepada golongan yang berjaya dalam dunia ini dan juga sebaliknya. apakah faktor kejayaan mereka.

Sebelum pakcik terus menulis, pakcik mohon maaf diatas tulisan pakcik ini jika anda rasa tersinggung dan terasa kerana pakcik tidak bercerita tentang mana mana individu malah pakcik hanya melihat konteks diri pakcik sebagai agen jualan selama 11 tahun.

Baik, pakcik mulakan dengan 3 faktor kejayaan yang pakcik lihat seseorang boleh berjaya. pakcik juga melihat 3 faktor ini adalah faktor yang boleh diguna pakai kepada semua.

1. Tupperware Lover
- kecintaan yang hadir dengan ikhlas dan tulen akan membawa seseorang akan jatuh cinta dan setia bersama Tupperware. Tanpa alasan untuk beralih kepada produk lain malah abadi selamanya dengan produk ini. kecintaan itu akan membawa agen jualan atau usahawan tupperware akan senantiasa rasa sayang dan tak sabar untuk melihat koleksi terbaru. ia ibarat sebagai perhiasan diri yang terlalu berharga. apabila kecintaan itu lahir, maka perniagaan akan berlaku dengan begitu sempurna dan juga independent tanpa mengharap bantuan sesiapa. ia akan jadi seperti orang yang dahagakan ilmu untuk mendalami tentang Tupperware dan juga orang yang kehausan untuk berniaga dan menyebarkan manfaat. orang ini sudah menganggap Tupperware sebagai darah daging. sama seperti pakcik yang melihat Tupperware sebagai sumber pendapatan yang telah mengubah kehidupan pakcik kepada lebih sempurna.

2. Konsistensi / Istiqomah
- setiap dari kita dikurnakan sifat yang mana boleh berubah mengikut selang masa. pakcik sendiri  adakalanya berubah sikap dan ada masanya rasa malas yang sangat degil untuk ditidurkan. lalu kemalasan yang membalut badan dan jiwa menjadikan kita lupa bahawa ia sudah membunuh masa yang penting dalam proses mencapai kejayaan. kita semakin pelahan untuk mendaki puncak lantas kita akan cepat berkeadaan putus asa. sikap sambil lewa ini akan meranapkan impian. namun, jika kita pegang kepada sebuah impian, kita akan nampak bahawa kejayaan itu akan semakin dekat. begitulah pakcik melihat kejayaan itu semakin hampir dan konsistensi adalah ramuan kejayaan. apa yang kita buat harus secara berterusan dan kita akan menjadi pakar dalam apa yang kita lakukan.

3. Strategi dan inovasi
- ini adalah perkara paling penting dalam menjadi agen yang berjaya. strategi yang diguna pakai oleh orang yang berjaya adakalanya tidak boleh digunakan oleh orang lain kerana strategi itu ada formula tersendiri. sama seperti apa yang pakcik gunakan. menggunakan strategi Shireen Tan iaitu leader organisasi pakcik dan pakcik tak nampak keberkesanannya. namun, apabila kita menyuktik sedikit unsur inovasi kepada strategi itu mengikut konsep try and adjust, maka kita akan bertemu rentak dan akhirnya kita akan nampak jalan yang mudah dalam mengatur langkah. caranya adalah berguru dengan orang yang sudah nampak ia suksess dan berada dalam organisasi yang sudah berjaya. pakcik beruntung menjadi sebahagian keluarga organisasi advanced sales yang sudah 10 kali champion sebagai TOP organisation dan mendapat nasihat terus dari Top leader. pakcik sangat bertuah. jadi. apa yang pakcik buat adalah membuat sedikit pemurniaan kepada strategi yang telah ada. lalu ia kebabommm meletop !!

Inilah 3 intipati yang pakcik boleh nukilkan, jika ada kesilapan ejaan maafkan pakcik. dan pakcik doakan semua menjadi super leader yang hebat dalam perniagaan Tupperware yang mana pakcik yakin produk dan syarikat yang kukuh serta mempunyai permintaan yang baik.

untuk anda yang mahu sertai Team Pakcik, jom hubungi terus pakcik atau agen Team Pakcik diseluruh Malaysia.


Yang menulis dengan rasa,
Syamputra Razali
#PakcikTupperware






















1 comment:

  1. mens titanium braclets | titholefarms.com
    mens titanium titanium 4000 braclets is titanium iv chloride a premium quality steel frame titanium trim hair cutter made of a super-premium platinum finish. Its titanium legs premium quality steel titanium mug frame is crafted with premium brass $28.00 · ‎In stock

    ReplyDelete