Friday 21 December 2018

cara marketing barang bukan melalui fesbuk lagi : pakcik share

assalam..

Zaman sekarang jika perniagaan anda tidak memiliki platform media sosial, ini dikira anda “tidak berniaga”. Media sosial merupakan satu perkara yang wajib ada dalam perniagaan, tidak kira perniagaan itu kecil ataupun besar. Wajib ada.

Di sini kami ingin kongsikan 5 tip yang anda boleh gunakan sebagai asas dalam membina platform media sosial untuk perniagaan anda.

Tip #1: Bina Pelan Pemasaran Media Sosial

Membina pelan pemasaran media sosial terlebih dahulu dapat membantu anda merancang perniagaan dengan cekap. Oleh itu, kenal pasti matlamat perniagaan yang perlu dibuat dahulu sebelum memulakan kempen pemasaran media sosial anda. Guna soalan ini untuk merangka pelan pemasaran media sosial anda:

Apa yang anda harap dapat dicapai menerusi pemasaran media sosial?
Siapakah pelanggan sasaran anda?
Apakah platform media sosial yang digunakan oleh pelanggan sasaran anda?
Bagaimanakah pelanggan sasaran anda menggunakan media sosial?
Mesej apa yang anda ingin sampaikan kepada pelanggan sasaran di media sosial?
Tip #2: Pilih Platform Media Sosial Yang Terbaik

Terdapat pelbagai jenis platform media sosial yang ada pada masa sekarang dan setiap platform ini mempunyai fungsi objektif yang berbeza. Pemilihan media sosial yang tepat dapat membantu strategi pengembangan perniagaan dengan lebih pesat.

Sebagai contoh, perniagaan yang berdasarkan e-commerce atau pelancongan banyak menggunakan visual gambar. Bagi perniagaan jenis ini, mungkin boleh tumpukan pembinaan media sosial seperti Instagram atau Facebook berbanding dari penggunaan Twitter yang tidak menggunakan visual.

Selain dari Instagram dan Facebook, terdapat juga media sosial seperti Blog, Snapchat, Google+, Pinterest, Youtube, dan lain-lain lagi. Anda kena pilih yang mana terbaik buat perniagaan anda.

Tip #3: Website Perniagaan Kena Ada Blog

Tidak kira perkongsian berita, pengetahuan berharga atau berkongsi pendapat, setiap syarikat mesti mempunyai blog di laman web mereka sendiri. Blog dapat membantu memperkenalkan perniagaan di dalam carian enjin seperti Google.

Blog juga dapat meningkatkan lagi kredibiliti imej perniagaan kelihatan lebih profesional melalui perkongsian kandungan artikel yang berkualiti. Dari blog, anda boleh “share” ke saluran media sosial lain untuk menarik lebih ramai pelanggan singgah ke perniagaan anda.

Tip #4: Guna Khidmat Pengurus Media Sosial

Untuk menguruskan media sosial, anda memerlukan skill komunikasi yang bagus. Jika anda tiada skill ini, apa yang anda boleh lakukan adalah mengupah “Pengurus media sosial” untuk uruskan kesemua platform media sosial anda.

Salah satu kesilapan syarikat sering lakukan adalah memilih pengurus yang salah untuk lakukan kerja ini. Terdapat 2 kriteria yang perlu ada dalam mengupah pengurus media sosial:

Pemikiran Strategik: Pengurus harus memiliki pemikiran yang bijak dalam merangka strategi media sosial. Dapat memberi idea bagi perancangan jangka pendek dan panjang perniagaan dan apakah kempen yang sesuai dianjurkan dalam waktu-waktu tertentu.
Pakar Penjenamaan: Pengurus media sosial tahu cara-cara untuk meningkatkan jenama perniagaan seperti penggunaan bahasa dan ejaan, posting gambar aktiviti yang berkaitan dengan syarikat dan cara untuk mempamerkan jenama syarikat di tahap profesional dalam semua situasi.
Tip #5: Penyampaian Konsisten

Media sosial harus digunakan secara konsisten dari segi penyampaian konten, gambar dan video. Elakkan dari posting perkara-perkara peribadi yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan perniagaan anda. Asingkan posting kehidupan peribadi dengan perniagaan. Guna 3 tip ini untuk mendapatkan posting yang berkualiti:

Tulis Konten: Sentiasa ingat siapa pelanggan sasaran anda ketika tulis konten. Konten mesti dapat menarik perhatian pembaca sasaran. Blog sangat sesuai untuk penulisan konten yang panjang dan kemudian di share ke media sosial. Facebook sesuai untuk konten yang pendek dan bersahaja.
Gambar: Posting gambar-gambar aktiviti harian perniagaan sebagai bukti bahawa perniagaan anda memang wujud dan beroperasi. Anda juga boleh posting gambar-gambar pelanggan yang sudah menggunakan produk atau perkhidmatan anda, ini merupakan gambar testimonial yang sangat berharga.
Video: Anda boleh posting video pendek perjalanan aktiviti syarikat. Anda juga boleh lakukan “Facebook Live” untuk berkomunikasi dengan pelanggan secara langsung.

jadi, pakcik nak buka peluang siapa siapa nak belajar buat blog..



cara buat blog : class online epakcik untuk anda yang serius nak niaga


assalam semua
seperti yang semua sedia maklum. media social memang kena banyak kena explore. baru kita boleh memaksimumkan semuanya..
bayangkan kalau kita tertumpu pada facebuk je.. memang abis kalau fesbuk tukar tatacara mereka..alhamdulillah pakcik bermula dengan blog dan pakcik sangat sangat teruja nak share cara nak buat blog dengan cepat..

jom,  jom..


memang sangat sangat special siapan sahaja yang nak join class ini.. memang anda akan pakcik dedahkan dengan banyak perkara..


DIATAS KOMITMEN KAWAN KAWAN yang hebat hebat dan luar biasa performance tahun 2018. Pakcik dengan ini mengumumkan akan membuka UNIVERSITI PAKCIK TUPPERWARE yang mana pakcik akan buat class buat blog secara ONLINE dahulu.
Class ini adalah percuma dan siapa sahaja boleh join. Orang baru atau lama yang mana nak belajar pakcik alu alukan.
Apa yang pakcik akan share ?
1. Teknik meNAMPAKkan diri di pasaran pembeli
2. Menjenamakan diri dan mehias blog agar sedap dipandang
3. Trick menjadi trending dalam google
4. Tips untuk mudah diLIHAT
5. Cara buat ayat pelaris dalam blog
Class akan berlangsung dalam 3 bulan bermula januari dan pakcik akan buat majlis celebration kepada yang berjaya ala ala KONVOkesyen class pakcik ini.
Jom.. 20 yang terawal nak join sahaja !!!
Daftar segera. semua pakcik buat secara ONLINE..



Tuesday 4 December 2018

Ada Orang Seremban kat sini ? Pakcik Mencari Orang Seremban ..

Event Tupperware SEREMBAN untuk permulaan belajar berniaga Tupperware. Pakcik Tunukkan jalan

Mudah sahaja

Hadirkan diri anda 9 disember 2018
dan belajar dengan betul cara nak niaga Tupperware ..


Inilah dikatakan PELUANG yang korang kena rebut. dengan hanya RM10 sahaja dan anda akan dapat macam macam.. memang korang kena datang sebab pakcik tak selalu ada nak buat event macam ini selalu.. memang inilah peluang dan saatnya nak belajar berniaga tanpa modal perniagaan Tupperware.



Ini aturcaranya..
caranya.. ko hanya perlu call pakcik dan booking dengan pakcik ya..








AHAD INI.. 9 disember 2018
.
Event Tupperware terbesar di SEREMBAN
————————————————-
.
Pakcik menyeru semua warga yang berhampiran dengan SEREMBAN dan sekitar.
Lokasi event Tupperware iaitu STAR CELEBRATION adalah di bawah ðŸ‘‡ðŸ‘‡
Tarikh : 9 / 12 / 18 (Ahad)
Masa : 1.30 ptg
Lokasi : Hotel Sutera Seremban 2
Tiket : RM10 (Claim Doorgift bernilai Lebih RM15)
.
Terbuka kepada semua.
Orang awam yang ingin mengetahui peluang buat duit dengan Tupperware adalah digalakkan untuk hadir.
.
Inilah peluang keemasan untuk anda melihat dan mengetahui sendiri tentang Bisness Tupperware dan peluang menjana pendapatan.
.
AGENDA EVENT
1. Lucky Draw
2. Demo Product
3. Demo masak kek 8 minit dapat periuk
4.Bisness Talk
5. Recognition award
.
jom tempah tiket anda SEKARANG
.
Click link dibawah..
👇👇👇👇👇👇👇👇
www.wasap.my/60123993…/Join+Pakcik+Tupperware+berbaloi+baloi